08.18
salam semua…entry aku kali ini ada kelainan sedikit..selalunya aku menceritakan tentang fotografi..tapi kali ni aku menceritakan pula rahsia ttg diri aku..iaitu videografi..
ramai ter tanya2 knapa tetiba aku buat workshop videografi…kenapa tidak fotografi?…sebenarnya kalau diikutkan tiap2 hari aku buat workshop fotografi..yela mana taknya, aku di fakulti ada mengajar subjek photography dimana pelajar department graphic wajib mengambil subjek photography 1 dan 2…photo 1 adalah untuk basic dan photo 2 more advance n for studio lighting…insyallah suatu hari nanti aku akan kendalikan workshop fotografi…
ok? berbalik kepada workshop videografi..kenapa? mengapa? bagaimana? tang mana? pelbagai soalan di ajukan kepada aku…dan ada juga bertanya pada aku..reti ke pasal video ni?
terima kasih atas soalan itu..NAK KATA RETI..MESTI LA RETI xkan la x tau langsung..nak katakkan pro x la pro sgt..tp cukup la ilmu di dada ni nak share dengan orang yang baru nak belajar…
Aku mula berjinak2 dengan videografi ni masa aku blajar dulu..kalau nak di ikutkan minat dari kecik lagi..masa tu suka berangan angan jadi kameraman wartawan ;p…then masa aku diploma aku dapat ceburi bidang ini..belajar sendiri dan juga ada yg tnya pensyarah aku…pada masa tu video cam amatlah mahal..memang x termimpi pun nak miliki..tapi alhamdulillah..paksu asri aku baik hati..dan dia pinjamkan kepada aku video cam nya…aku ingat lg pesan nya..”untuk belajar ambil sahaja..tapi dah ada kemudahan..jangan lupa amanah yg diberi oleh mak ayah”..maksudnya..aku kna la blajar dan beramal selagi nyawa di kandung badan aku ini…
Masa belajar lah aku byk explore ttg videocam dan juga angle2 yg menarik..dari diploma sampai lah ke degree..dan aku amat beruntung berpeluang bekerja di production house..di situ aku byk belajar…masa bersama arwah Jalil Ngah di AVXS production aku dapat belajar byk dari segi lighting dan ke detailan..memang ke detailannya x ada sapa yang boleh lawan…kemudian aku berpeluang juga bekerja dengan Chunk Azizi Adnan pengarah yang tgh naik sekarang..walaupun ramai kata cerita dia karut marut..tapi korang x tgk lagi kedetailan dia masa bekerja..dan juga black, pet, rizal, sam dan anjang yang aku kenali masa di IMAGEBOX dan juga di company2 lain seperti FMMEDIA, HMDESIGN, BLUETRINITY dan juga CANDIDSYNDROME…dari situ aku belajar bersungguh sungguh…dan dari orang2 inilah aku terikut ikut cara kerja diorang..time kerja memang aku byk songeh, detail, garang, mulut x makan saman dan byk lg..adat dunia production..sori kepada sesapa yg penah kerja ngn aku dan termakan hati dgn aku (korang tahan ja telinga kalau aku maki ;p)…bukan apa..aku pentingkan kesempurnaan dan penghasilan karya…
Alhamdulillah atas usaha gigih aku ini, ada yang menghargai usaha aku ini..aku di jemput oleh Ketua Professional Training and Development Unit (ProTRAD) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, SELANGOR iaitu DR. SITI SALWA SALLEH Pensyarah Kanan dari Jabatan Sains Komputer (SIGMM), Fakulti Sains Komputer dan Matematik untuk membuat workshop tentang basic videography di fakulti beliau pada 21 ogos 2010 ini…seramai 40 orang pelajar yang sudah berdaftar untuk workshop tersebut…
Insyallah aku akan buat yang terbaik untuk workshop sulung aku ini..moga allah memberkati workshop aku ini…aku harapkan kawan2 doakan kejayaan aku…aminnn
yang bersyukur
SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com


































































































