Kekalutan d hatyai…

aktiviti rush hour ni berlaku secara x langsung dan tanpa di plan sebenarnya…kes ini berlaku pada bulan febuari lepas..mcm ni ceritanya…

syahida syariff : oi..aku kat penang ni..

aku : yeka? meh ar lepak2 sg petani..(ps sg petani di kedah)

syahida syariff : apa best yang best kat sg petani???

aku : errr (sebenarnya xtau apa yg best ;p)

syahida syariff : apa la…aku nak g bukit kayu hitam..jom ar join??

aku : apa barang bukit kayu hitam…mana ada apa sana…kayu ada la…

syahida syariff : abis tu??!!! (ada bunyik marah2 skit ;p)

aku : kita lajak danok terus ar…berapa langkah ja lagi..hehe

syahida syariff : danok?

aku : yela danok..siam..thailand…sawadikaapppp…klu rajin lagi jom ar lajak hatyai…

syahida syariff : ok set..esok aku gerak dr penang

aku : errr (sebenarnya aku gurau ja)

aku : passport korang bawak x??

syahida syariff : bawaaakkkk..

aku : ahaha..ok ok…esok korang terus turun kat JITRA..aku tggu kat sana..

teeet..talian putus..kredit aku habis..

kadang2 betulgak kata setengah setangah orang…kadangkala benda yang kita plan sekian lama x semestinya menjadi..yang selalu menjadi n best adalah benda yang tetiba di plan..

x sangka lak membe aku dua orang nih betul2 nak g hatyai…aku sebenarnya dah lama x masuk hatyai…rasanya last sekali masuk masa zaman sekolah menengah aku…masa tu masuk beli mercun ja..ni angkara ikut geng2 tua tua la ni…kawan2 aku kebanyakan tua bangka dari aku..almaklumla..dok kampung…kawan lak ngn geng2 baya akak aku or lg tua (sebenarnya diorang baik ngn aku sbb nk ngorat akak aku)

balik ke kisah rush hour aku..

pagi tu aku dah standby kat jitra kat kampung aku..menunggu shida n hafiz from penang…rasanya dr penang nk sampai jitra ni around 2 hour..but if shida bwk rasanya 1 hour x sampai…(hehe sorry shida ;p)…dalam kul 11 diorang pon sampai…n culik aku kat umah parent aku…lepas lepak makan kat area pekan jitra kitorang pon terus la gerak ke bukit kayu hitam…

sampai di sana selalunya ada dua pilihan..sama ada nak drive masuk sendiri ke hatyai..ataupun menggunakan khidmat teksi kesana…so…kitorang pilih utk guna teksi ke sana…almaklumlaa…masing2 buta jalan…kang klu drive sendiri terlajak sampai ke vietnam lak…so we take a taxi to hatyai (speaking london lak)…harga tambang, cas masuk, cas paking keta kat tempat diorang dalam rm80 seorang…itu baru harga pergi shj…balik x kira lagi…

dari pekan changlun (tempat kami parking keta) terus ke bukit kayu hitam…sampai sana ingatkan terus masuk…rupanya tukar teksi…chait!!! klu tau parking kat duty free bukit kayu hitam pon x pa…”sep” tambang teksi ke bukit kayu hitam…pada mulanya dreba teksi ni org malaysia..sampai bukit kayu hitam ja..dia ada cakap ngn orang2 teksi situ lak..

abg teksi malaysia : “kap kum krang kai kap kap maii”

abg teksi siam :”medai medai aum krap kai tu mai kia naiii”

abg teksi malaysia : haa..satgi adik semua p naik dengan dia..dia bawak hangpa masuk hatyai..

lor…nek teksi pon kna transit…ngalah nak p UK…sabo ajela…then dari duty free tu..kami naik la pulak denagn teksi toyota se plat thailand ni…masuk2 ja rasa cam risau gak..takot2 kna culik or rompak…dah la aku dok depan..apa2 dia acu pistol kat aku dulu…huhu..then aku pun ringan - ringan kan mulut cakap dengan dia…tapi cakap melayu la..dia pon boleh cakap melayu…dia bgtau nama dia LUCKY..hehe chumel ja nama..then dia bg kad…dia kata cakap ja nak p mana…dia bawak..so kami bgtau nak p town…

lepas masuk…dan di cop oleh kastam malaysia…then di check plak oleh kastam thailand…kami pon gerak..perjalanan dari bukit kayu hitam ke hatyai memakan masa dalam satu jam lebih…ntah apa aku sembang dgn si lucky pun x tau..kadang2 macam ayam ngn itik dah bersembang…aku cakap lain…dia cakap lain..elok sgt…

sampai sahaja di hatyai..kami pun menjalankan aktiviti kami iaitu shoping!! aku lak cuci mata ja..window shopinnggg…;p haha…tujuan utama aku ke hatyai bukan nk shoping sangat pon…tujuan aku nk tgk suasana, masyarakat, budaya, sosial, art n byk lagi la kat sana…nak tgk perbezaaan dgn malaysia…tapi…dari pemerhatian aku..x banyak sgt perbezaan dengan malaysia…cuma yang beza nya…jalan raya diorang..kenderaan semua mcm pelesit…ingat malaysia nya driver ja yg ganaz…diorang lagi ganaz…setakat meyelit masa jalan jam macam mat rempit kat malaysia tu dah biasa bg diorang…nenk tua menyelit lg dasyat..siap LAP lutut cecah jalan lg..terkejut aku..huh!!! nenek sapa la tuuuu…;p

Kami x lama d hatyai…dalam 5 jam ja di sana..sampai kastamĀ  di malaysia tnya napa kejap sgt masuk siam (sebuk ja kastam tu) sebab memang plan utk balik hari…maybe next time ke bangkok pula…tgk rezeki dan kelapangan..apa pun d hatyai ni…kalau mlam byk pasar2 best…d sana kalau peminat bundle n hiasan wanita..memang tempat korang la..cuma kami x sempat tggu…

dari kiri : sofimohd, shahida syariff and hafiz

ni la si LUCKY driver kitorang

sempadan MALAYSIA n THAILAND

next time aku akan update travel aku yg lain lak…byk lagi nk citer sbenornya…;)

salam sawadikap

yang benar

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com

Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages :
http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock :
http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd /
opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com