Muzik Muzik 11 November 2008














Sekali lagi aku dicabar oleh diri ku sendiri…aku mencabar diri aku untuk ambil gambar low light tanpa flash..ikutkan ati tu..ketaq lutut gak..aku jarang shoot lowlight tanpa flash..sbb aku di suruh oleh band CAP AYAMZ yang perform di muzik2..time tu aku dah terpikir..masa live mana leh aku pasang flash..kang x pasal ja kena ketuk kepala ngn floor manager muzik-muzik…hehe..aku x tolak jemputan band CAP AYAMZ nih..aku on ja..aku just kata..OK COOL!..padahal dalam ati..tuhan ja yang tau..hehe..aku x tolak sebab sekurang-kurangnya aku boleh cuba atasi kelemahan diri aku..malam tu banyak gak terpikir nak guna lense mana…aku nya lense mana ada yang hebat2..sebab aku pakai yang perlu ja..nasib baik la abg ipar aku ada lense 2.8..apa lagi…buat muka sedih..batuk2 sikit..kasi air mata bertakung..aku dapat la pinjam lense dia..thanks abg mukhlis…jasa mu sentiasa dikenang
…apa pun kena pinjam gak lense 2.8 nih…membantu sikit kerja aku…mana tau nnti aku kena duduk belakang ker..dok dalam gelap ka..blakang stage ka…segala kemungkinan aku pikir siap2…supaya aku x gelabah lak nanti..klu aku nak bli lense 2.8..x mampu lagi..perlahan-perlahan..pakai apa ada..asal x berhutang untuk lense..;p..ada lebih trus angkat cash..hati pon senang..hehe
Muzik-Muzik..semua orang di malaysia pun tau kot program tv nih..dah beabad di siarkan kat TV3…klu x tau gak..aku x tau la…seperti biasa..studio Muzik2 ni kat plaza alam sentral shah alam…aku datang awal skit nak usha keadaan..dan minta kebenaran ngn geng2 krew muzik2 untuk amik gambar..alhamdulillah..semua krew smpoi ja..termasuk producer..seperti yang aku jangkakan…NO FLASH!..hahaha..tu aku pun tau la…;p kira bagus gak datang awal..aku g lepak dulu kat bilik wardrobe tempat2 artis yang dicalonkan pada haritu bersiap …yang tercalon hari itu adalah AYANI, FARHAN AF n sorang lagi aku lupa ;p..so seperti biasa..aku bukan reti dok diam..aku turun la kebawah merayap belakang stage..lepak2 ngn budak2 krew..bleh la aku blajar skit2 pasal prop ngn diorang…sbb ada yang aku kenal masa aku praktikal di AVXS Sdn. Bhd dulu….
Sebelum start live..diorang ada wat rehearsal dulu sebelum on air…so..dari situ aku amik peluang test lighting kaw2 nya…kang time life dah x dak masanya aku nak test…aku x eran la orang kata aku nak test2..asal aku puas ati ngn gambar2 aku..xkan nak harapkan kedai gambar (photoshop la ;p) ja membantu..so bila nak maju..baik x yah bli dslr..hehe..so masa reheasal la aku test kaw2…sebab setiap performance lighting diorang berbeza..so aku kena alert dgn perubahan lighting tu…alhamdulillah apa yang aku test ok…try and error gak…
Lagi 10 min nak live aku aku still kat bilik wardrobe..melepak ngn band cap ayamz..ambil gambar diorang bersiap..then aku turun la kebawah nak amik seat untuk amik masa live nanti..aku masuk dari blakang prop or stage..punya la terkejut..aku ingat x ramai datang tgk..penuh juga seat dibuatnya..memang x dak seat la untuk aku..tapi nasib baik la..budak2 krew muzik-muzik simpan dua seat paling depan sekali untuk aku..thanks korang..korang memang sempoi!!…so masa live to aku pon buat yang terbaik…tapi aku x byk bergerak la..aku dok kat seat aku ja..sebelah seat aku..aku taruk bag camera aku..senang nak tukar lense…klu aku gerak2 nanti..marah lak penonton kat belakang..hahaha…x pasal selipar hinggap kat kepala aku..selesai ja muzik-muzik..aku puas hati..dapat gak aku cabar diri aku..
CAP AYAMZ ni merupakan band baru..diorang di wujudkan bagi menghasilkan muzik dan soundtrak untuk filem ANTOOFIGHTER…line up diorang ni bukan budak baru dari indie atau bekas kumpulan nasyid..diorang ni orang2 lama..dari aku sekolah rendah nama diorang terselit kat telinga aku..diorang ni dari band2 yang berlainan..so dengan adunan baru..wujudlah CAP AYAMZ..nama2 line up x perlula aku detailkan..sebab diorang nak low profilekan nama diorang…klu korang nak tau lebih lanjut pasal band ni..masuk sini..http://www.myspace.com/bandcapayamz

Band CAP AYAMZ juga baru sahaja selesai perform di JOM HEBOH konsert di batu kawan pulau pinang..( klu aku x kerja sabtu ahad ritu aku dah ikut ;p )
Apa pun aku nak ucap thanks kepada CAP AYAMZ sebab korang sanggup culik aku dan bawak aku ke shah alam terutama mr. black..thanks gak to Krew2 muzik2..yang sempoi abis..siap kasi seat vip kat aku..hehe..and abg mukhlis sebab kasi pinjam lense..thanks semua..
semua gambar ini adalah hak milik sofimohd (please minta kebenaran dulu) peguam saya sentiasa menanti jika didapati mengcilok
yang suka makan ayam
SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer
Tel : 0124685603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- / h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- / h20_boyjit84@yahoo.com