CINTA RAMADHAN

Salam Ramadhan kepada semua umat islam di pelusuk dunia

salam ramadhan kepada semua..alhamdulillah masih lagi kita semua sempat bertemu dengan ramadhan kali ini…maksudnya kita masih lg berkesempatan bertemu dgn lailatulqadar…hari yang setiap mukmin impikan…;)

alhamdulillah sekali lagi kali ini merupakan kali ke2 aku berpuasa di tanah kedah ini..mana taknya hampir 8 tahun aku berpuasa merantau di negeri orang…semuanya lain..tambah pula duduk bujang..masak sendiri la..habis kuat nasi bungkus…;p buka puasa pun kekadang sorang2…kadang2 ngn membe..ngn family mmg susah skali..boleh kira ngn jari..tapi apa pun aku dah laluinya dengan cekal...korang boleh klik sini untuk tau apa yang aku makan n lalui masa di perantauan…di negeri orang x sama dengan tempat sendiri…hanya tuhan sahaja yang tau perasaan ingin berpuasa di kampung halaman..

puasa kali aku tak lagi keseorangan..tahun lepas walaupun aku sudah d kedah..tapi aku still lagi berpuasa seorang diri..walau pun ada housemate tapi dia asik bz ngn gf dia..xkan la aku nak kaco ;p…dan tahun ni lagi bermakna..bukan sahaja aku berpuasa seorang..tapi berdua dengan isteri tercinta ku dan juga kitorang satu family balik berkumpul berbuka di jitra dan juga bukit pinang rumah mak tok aku..;)

di kedah hari pertama puasa seluruh kedah akan cuti…so malam pertama sebelum berpuasa isteri aku masak untuk aku…walaupun simple..but nice..sedap sgt2..dan kami sahur pun dengan ringkas..xnak byk sgt lauk..nnti membazir..sebab di rumah kami berdua shj…


Sayur asparagus (aku panggil sayur padi sbb mcm padi ;p)


Ayam goreng berempah

dan puasa pertama tu kami berbuka di rumah parent aku di jitra..tapi masa tu x cukup lengkap lg family kami..sbb akak, abg n anak menakan aku x sampai lg..sahur esoknya bru diorang sampai…dan malam berbuka tu baru lah family kitorang lengkap..ayah aku, mak aku, kak yana, abg mukhlis, aiman, atiqah, si kenit ammar, isteriku dan aku..lengkap!! x muat meja makan di buatnya…lauk pauk pun byk dan resepi dari mama, kak yana dan isteriku terhidang utk santapan kami…fuh! boleh pecah perot dibuatnya ;p


Ikan merah masak sweet n sour resepi isteri ku ;p


Sambal udang resepi bonda ku


Ayam percik resepi abg iparku (sebenarnya beli kat pasar ramadhan ;p)


sayur kacang panjang


Daging masak kicap resepi mak tok ku (thanks maktok sebab tapaukan utk kitorang)


Sotong salut tepung berempah resepi ayah ku (rempah ayah aku beli kat kedai ;p)

dan satu lagi tomyam campur resepi kakak aku (sorry gambo x amik time tu dah nak berbuka..lapo!!) ;p

keesokan malam berbukanya..kami satu family ke rumah maktok..kami semua berbuka disana…yang paling best disana..mak tok buat lauk kegemaran aku!! wahh…terharu aku…hehe..mana taknya dah lama x makan lauk dari mak tok aku…dan paling special gabungan resepi mak tok n mak wa aku..ikan sambal goreng! malam tu family aku dan family WA (adik ayah aku) join skali…meriah di rumah mak tok aku…tu baru 2 family anak2 mak tok aku..bayangkan if 11org anak2 maktok aku dtg berbuka skali…kna wat khemah la jwbnya ;)


gula melaka resepi makcik aku atau aku panggil Makwa


Cucur udang tanpa udang ;p (resepi khas utk aku oleh Makwa)


Cempedak goreng resepi kakak ku


Sate Ayam n Daging resepi kedai di simpang masuk kampung maktok ku ;p


sambal resepi nenek ku


Ulam di petik depan rumah nenek ku (Fresh kaw! kaw!)


Masak lemak toge


Gulai ikan kot ;p


Tom Yam Campor Resepi kakak ku
(gambor ni la yg x terselitkan sekali..tom yam ni kepakaran akak aku, terbaik! yang paling sedap samosa goreng resepi akak aku ;p)


xtau apa nama lauk ni ;p..tapi lauk ni resepi maktok aku..di buat khas untuk anak2 nya..sebab ni fevret ayah n pakcik @ Pakwa aku


Ikan goreng sos tiram berinti sambal resepi gabungan Maktok dan Makwa!!! terbaik!!


dan yang terakhir..fevret aku sepanjang zaman ayam masak kicap resepi maktok aku ;)

sekarang aku sudah kembali di tanah merbok ini..sini pon x kurang hebatnya berbuka…semua rakan sekerja aku dah set time rumah siapa n tarikh untuk tuan rumah itu sediakan makannan untuk berbuka..maksudnya berbuka beramai2 la…sometime tuan rumah tu x perlu untuk masak or buat jamuan..sebabnya kami masing2 akan bawak lauk masing2 dan dtg just berbuka sama2 bg mengeratkan silaturahim…kiranya dah jadi tradisi kat sini oleh kami semua…


gambar dia atas ni semasa terjah ramadhan tahun 2009 ke rumah en asrol

ini pula gambar aku dan family aku…lengkap kali ni..bukan senang nak bekumpul semua mcm ni…sbb kemungkinan raya ni aku beraya sebelah family wife aku…;)

tapi macam2 dugaan nak amik gambar ni..time ni dah malam lepas terawih, semua mood nak tido dah..mulanya macam x jadi ambil sebab dah malam sgt…tetiba ayah aku keluar..dah bersiap lengkap hensem..then apa lagi kami semua pun kelam kabut la bersiap sebelum di sergah ;p…then aku nak setting tempat…ruang tamu aku convert jadi studio..dan halangan aku yang paling utama adalah AMMAR!!..x sempat nak setting dia dah posing..adoi penin di buatnya..korang tgk lah sendiri kerenah dia ;p


ammar said : ini abang (maksudnya kena panggil dia abang ;p)


gangguan composition dari ammar ;p


ni lagi best..tetiba lompat depan kamera posing..


last sekali tok abahnya buli si ammar pula ;p (padan muka! hahaha)


tapi ammar menang ngn kuasa gigitan dia..haih..pening kami malam tu…;p


anak2 bujang (aiman n tiqa) ayah dan mak aku…;p


abg mukhlis, kak yana n ammar a.k.a abang


me n my luvly wife faizah mohd


one happy family ;)

dan kalau korang nak tau…ramadhan tahun lepas la berputiknya kisah cinta aku dan isteri aku ;p

yang berpuasa
SOFIMOHD

Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

Al ~ Fatihah

Takziah kepada sahabatku Noor Didi Hilmi Dengan pemergian Bondanya yang  tercinta


aku dan didi

di awal Ramadhan ini aku menerima berita sedih…

Tak kala kehadiran hujan gerimis membasahi kerak bumi
Di sulami deruan angin membayu membawa kedinginan hujan
Sedang kita semua gembira dengan kehadirannya sehingga di buai mimpi
Tetapi ada di kalangan kita berduka dengan satu pemergian

sofimohd

Sedang leka aku ingin meng update kegembiraan aku semalam
tetiba aku terbaca status kawan sekolah aku zuliana zulkifly yang bertulis
> takziah tuk my friend, didi ats kepulangan ibu tersayang ke rahmatullah…innalilah <

didi? then aku terpikir terus sahabat aku noor didi hilmi..
terus aku meng YM zuliana zulkifly

opy_bucumeja: didi mana?
zuliana zulkifly: didi hilmi la..dd smj
opy_bucumeja: inalillah
opy_bucumeja: bila?
zuliana zulkifly: smlm
opy_bucumeja: ok2
zuliana zulkifly: sakit kncing manis kot
opy_bucumeja: thanks2
opy_bucumeja: aku bru taw
zuliana zulkifly: ok..aku pn br taw tdik
zuliana zulkifly: tgk kat fb dia
opy_bucumeja: thankss
opy_bucumeja: tadi kat masjid ada sbut
opy_bucumeja: tapi x sedar lak
zuliana zulkifly: syed kata simpan pas zohor

tak cakap byk..aku terus inform parent aku..kerana parent aku juga merupakan kenalan kepada parent didi ni..dan aku terus tel didi…

suara sayu kedengeran darinya…ucapan salam ku balas…dan terus mengucap takziah kepadanya..dan mengingatkannya supaya kuatkan semangat atas pemergian ibunya @ aku panggil makcik rosni…

makcik rosni memang dah lama ku kenal..kerana keluarga didi ada sebuah kedai makan yang di mana aku dan family aku selalu pergi untuk breakfast dari kecil..dan kebetulan pabila aku di bangku sekolah menengah aku berkenalan dengan didi..dan selalunya selepas aku balik bersilat aku akan singgah di kedai makcik rosni…dan family aku juga sentiasa akan ke kedai makan makcik rosni sama ada untuk breakfast atau membeli lauk..dan ayah aku juga sering berjumpa en mi ayah kepada didi…

berita ini amat memeranjatkan aku…last sekali aku dapat tahu yg mak didi mengidap kencing manis..dan ibuku baru sahaja bertemu makcik rosni sebelum puasa…itulah yg membuatkan kami sekeluarga terperanjat…

apapun Takziah kepada sahabatku Noor Didi Hilmi Dengan pemergian Bondanya tercintanya…
kuatkan semangat mu wahai sahabat…
ingat…
Allah lebih menyayanginya…moga rohnya di tempatkan dikalangan org2 beriman..

AL ~ FATIHAH…

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer/Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email :sofiyuddin@yahoo.com
Blog :http://blog.sofimohd.com
Fotopages :http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock :http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd /opy_bucumeja@yahoo.com

MEMANCING_KUALA KANGSAR_PERAK

salam semua…entry kali ni merupakan teaser apa yg akan di buat masa kenduri di kuala kangsar nanti ;p
(saja kasi panas kawan2 aku suruh dtg ke kuala kangsar ;p) hehe..

x ada la…entry kali ni meryupakan aktiviti aku di kala masa lapang sekarang…before this aku ada upkan entry ttg bermain paintball..if nk rileks ja..aktiviti tu yg akan aku buat..tapi aktiviti tu x leh wat selalu…bankrap aku..haha

Ini merupakan aktiviti lain yang merilekskan aku…di kala kerja byk..research yang perlu diselesaikan..mcm2 lg di ofis tu…di sinilah aku dan isteri aku melarikan diri untuk mendapatkan ketenangan bersama..iaitu BALIK KAMPUNG!!! ;p

sebenarnya aku bukanlah kaki pancing…di ikutkan aku ni mmg suka memancing…dari kecik lg aku dah start tahan “tut”, menjala, tangkap guna tangan dan pelbagai cara lain…tapi bila bab memancing ni aku memang fail sgt2…x kira la kat sungai, longkang or bendang..memang konpem x dapat!!!..ntah la badi apa yang kena kat aku…

aku ingat lagi last skali aku memancing..masa tu aku form 3..aku ada kawan nama dia faiz…dia ni kaki pancing..fishing rod semua lengkap…aku ada tali tangsi n mata kail ja..huhu ladam pon guna batu ;p hahaha…time sekolah mana la ada duit nk membeli semua tu…masa memancing ngn dia..dia ada bg aku pinjam fishing rod dia…kami memancing la 3 org masa tu kawan aku syafiq pun ada..kami memancing dekat ngn sungai bukit indah kat jitra tu…punya la lama aku tunggu..haram sekoq pun x dapat…tapi diorang dah byk ekor..bengang gak aku di buatnya…dan sampai kesudah aku x dapat..yang aku dapat plastik sampah sarap kat dalam sungai tu..huhu…

sejak dari hari itu..sampai sekarang aku xnak memancing..sebab aku tau aku x kan dapat ikan…;(

selepas berkahwin dgn wife aku..kat kg beliau ada kolam ikan..byk juga ikan talapia, jelawat dan yang len aku xtau nama ;p dalam tu..pernah aku mencuba memancing..tapi x dapat dapat..padahal anak buah wife aku dah dapat byk ekor…haish..entah la nasib…

tapi sekali tu balik kampung..tetiba aku nekad nak memancing sampai dapat..x kira apa jadi!!!
walau nk kena guna bom sekali pon! huhu…

so alkisah nya bermula petang tu…memula g korek cacing kat reban ayam nak buat umpan…then terus mancing..lama gak la…asal letak ja..angkat pancing yang tggal mata kail..si cacing tu ntah ilang ke mana ;p aku nyaris2 ilang sabar…dan tiba-tiba….

ZASSSSS!!!!!!

dapat la sekor…punya la aku menjerit..wife aku n maklang aku pon tompang sekaki menjerit..ahaha macam dapat hadiah keta ja kami masa tu…then yg x tahan wife aku sempat amik pic aku masa 1st time dapat ikan…akhirnya!! berjaya gak aku dapat…walaupun baru sekor!! hahaha…

dan selepas itu aku makin mendapat rentak…akhirnya petang tu aku dapat cantas 5 ekor ikan talapia..yang paling best..ikan yang terakhir paling besar aku tangkap…wife aku pun nyaris dapat ikan jelawat yg amat besar..hingga fishing rod dia terlentik sgt ;p….

kat bawah ni korang boleh tgk la aksi2 aku ketika memancing..teruk betul aksi2 aku..kalau g memancing kat tempat orang ni mau kena halau..mana taknya..kami bising macam p pesta ;p

alhamdulillah aku berpuas hati hari ni..1st time serius pancing dapat 5 ekor…memang la byk dah mancing kat kolam..cuba sungai..ntah dapat ke tidak..huhu

tapi aku dapat belajar satu benda…iaitu kesabaran..if x ada mmg kita x dapat ;)


ni lah hasil tangkapan akau…lepas tangkap ja..persiang…goreng..terus makan sorang sekor..;p (gambar makan x amik..sebab kami kelaparan ;p)

Aku yang memancing
SOFIMOHD

Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

JEMPUTAN KE KENDURI KESYUKURAN DI KUALA KANGSAR

Salam semua..

Saya sofimohd..
dengan rendah diri ingin menjemput semua rakan2 hadir ke kenduri kesyukuran kami sekeluarga

Tempat : Kuala Kangsar
Alamat : tengok peta
Tarikh : 07. 08. 2010

Jemputlah hadir bagi memeriahkan lagi suasana..aktiviti memancing ikan dan makan buah-buahan menanti ;)

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

PAINTBALL_WOODSBALL_SG.PETANI_KEDAH

salam semua…sekian lama x update blog aku..akhirnya aku update..ramai menantikan gambo wedding aku di updatekan..agak ramai gak ar..haha…ingatkan just kawan kawan aku…rupa-rupanya..rakan se opis mak aku pon asyik tanya mak aku bila aku nak update..termasuklah Doktor di unit kesihatan UiTM aku nih..haish ;p…insyallah akan aku update pic wedding aku minggu hadapan…konon nya nak tggu dua2 belah wedding bru update..tapi lepas wedding jitra ja…penuh pulak kursus dan jugak training yang aku perlu pergi…dan start semester sahaja aku perlu mengajar subjek baru di uitm nih..iaitu di bawah sistem OBE..di mana aku merupakan wakil tunggal FSSR kedah untuk mengajar subjek ini…dan juga banyak album client yang perlu aku siapkan…jadi aku x boleh penting diri..aku kena settlekan amanah yang diberikan kepada aku dahulu…

Disebabkan minggu-minggu aku yang penuh dengan kerja dan aktiviti yang memenatkan..aku amik keputusan nak layan paintball…kebetulan sahabat aku hasnul aka bagat satu kepala ngn aku…pendek kata dua2 nak lepas gian main paintball…dengan semangatnya terus roger geng2 paintballers Sg Petani…atle
ast aku dapat rileks kan otak dan sihatkan badan untuk aku terus fokus dalam tugasan aku…

Paintball ni aku dah main sejak tahun 2003, bermula di hi tec kulim..tapi x la aktif..then masa di KL terus x aktif..sebab???Mahal weh!!..tapi sometime tu g la main gak bila dapat harga murah..or bos belanja..hehe..selalunya kami berentap di gelanggang di subang jaya..yang berdekatan dengan hospital subang…then setelah aku di kedah..terus x main..sampailah aku kenal hasnul..baru membuak2 nak main..n ada la 2 3 orang kawan lagi…pada mulanya di sg petani ni..kami ada team upkan satu team utk geng kitorang..iaitu SHADOW TEAM…tapi lama kelamaan shadow team pun just tinggal shadow ja..sebab ramai di antara kami tersekat ngn tugasan yang banyak..kali ni kami berkumpul kembali untuk berentap..cuma kali ni kitorang x main speedball…but woodsball!!

ini merupakan 1st time aku main woodsball..pernah dengar..pernah tgk..tapi x pernah merasa..so nilah masanya aku nak merasa..masa kecik angan2 nak jadi tentera..tapi x lepas interview..almaklumla..mata rabun..dada x bidang..tinggi x cukup..huhu…dapat men woodsball pon kira jadi laaaaaaa ;p

Woodsball ni lain sikit daripada speedball…selalunya speedball bermain di dalam gelangang speedball..dan berpandukan strategi dan permainan yang pantas…tapi untuk woodsball lak lain sikit caranya…woodsball biasanya akan bermain didalam hutan tapi masih lagi berpandukan basic rule of paintball iaitu kena hapuskan pihak lawan..(yela x kan nak g menembak rusa lak ;p). tetapi dari segi format dan strategi berlainan sikit..format untuk woodsball agak flexible dan waktu perlawanan juga agak panjang..biasanya hanya untuk bertemu pihak musuh boleh mengambil masa dalam 10 ke 15 minit juga..

Dari segi strategic play pun agak berlainan..selalunya player woodsball mempunyai pelbagai strategy yang unik…dan dari strategy menggunakan strategy ala tentera..dan player juga diberi kebebasan menggunakan pelbagai jenis equipment..masa yang aku main tu ada juga player yang bawa pistol paintball..senapang paintball, bom paintball ntah2 bazooka paintball pon diorang bawak…;p sebab tu kot kami kalah..hahahaha..mana x kalah budak rookie vs player D3..(saja ayat nak sejukan ati ;p)

tapi alahamdulillah ni pengalaman baru… 1st time aku merangkat ala2 rambo dgn marker..teringat lak masa main senapang kayu dalam kebun getah kat kampung aku masa kecik2 dulu…..;p yang paling best bini aku pon merangkak lalu semak samun..dasat gak bini aku..ngalahkan aku…;p

Pada hari itu aku bukan sahaja main satu jenis game..kami juga di train main tiga bentuk game pada petang itu…1st game adalah misi untuk menaikan bendera..dia lebih kurang seperti capture flag..cuma kami di kehendaki menarik bendera yang berada di tgh2 medan perang..yang ke dua pula adalah jajahan, dimana setiap kumpulan perlu menjajah semua pondok2 yang berada di dalam hutan..dan yang ketiga, game ni ala2 macam koboi (aku x ingat nama sebenar game nih ;p)..game ni main sebab pallet banyak yang terlebih..di situ player akan one on one dgn player lain secara berhadapan..dan akan menembak antara satu sama lain…

Apa pon aku amat berpuas hati dengan game petang tu…thanks to all marshall n player dari perlis yang byk beri tunjuk ajar..dan juga kpd chak yang roger kami ajak main sama2..

apa pon..aku x sabar untuk berentap lg!!


Line up asal SHADOW TEAM (SofiMohd, Rashdan and Hasnul@Bagat)


SHADOW TEAM bersama askar upahan ;p


SofiMohd & FaizahMohd
my wife skrang new member of SHADOW TEAM


Aku setelah selesai Game

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com