MEMANCING_KUALA KANGSAR_PERAK

salam semua…entry kali ni merupakan teaser apa yg akan di buat masa kenduri di kuala kangsar nanti ;p
(saja kasi panas kawan2 aku suruh dtg ke kuala kangsar ;p) hehe..

x ada la…entry kali ni meryupakan aktiviti aku di kala masa lapang sekarang…before this aku ada upkan entry ttg bermain paintball..if nk rileks ja..aktiviti tu yg akan aku buat..tapi aktiviti tu x leh wat selalu…bankrap aku..haha

Ini merupakan aktiviti lain yang merilekskan aku…di kala kerja byk..research yang perlu diselesaikan..mcm2 lg di ofis tu…di sinilah aku dan isteri aku melarikan diri untuk mendapatkan ketenangan bersama..iaitu BALIK KAMPUNG!!! ;p

sebenarnya aku bukanlah kaki pancing…di ikutkan aku ni mmg suka memancing…dari kecik lg aku dah start tahan “tut”, menjala, tangkap guna tangan dan pelbagai cara lain…tapi bila bab memancing ni aku memang fail sgt2…x kira la kat sungai, longkang or bendang..memang konpem x dapat!!!..ntah la badi apa yang kena kat aku…

aku ingat lagi last skali aku memancing..masa tu aku form 3..aku ada kawan nama dia faiz…dia ni kaki pancing..fishing rod semua lengkap…aku ada tali tangsi n mata kail ja..huhu ladam pon guna batu ;p hahaha…time sekolah mana la ada duit nk membeli semua tu…masa memancing ngn dia..dia ada bg aku pinjam fishing rod dia…kami memancing la 3 org masa tu kawan aku syafiq pun ada..kami memancing dekat ngn sungai bukit indah kat jitra tu…punya la lama aku tunggu..haram sekoq pun x dapat…tapi diorang dah byk ekor..bengang gak aku di buatnya…dan sampai kesudah aku x dapat..yang aku dapat plastik sampah sarap kat dalam sungai tu..huhu…

sejak dari hari itu..sampai sekarang aku xnak memancing..sebab aku tau aku x kan dapat ikan…;(

selepas berkahwin dgn wife aku..kat kg beliau ada kolam ikan..byk juga ikan talapia, jelawat dan yang len aku xtau nama ;p dalam tu..pernah aku mencuba memancing..tapi x dapat dapat..padahal anak buah wife aku dah dapat byk ekor…haish..entah la nasib…

tapi sekali tu balik kampung..tetiba aku nekad nak memancing sampai dapat..x kira apa jadi!!!
walau nk kena guna bom sekali pon! huhu…

so alkisah nya bermula petang tu…memula g korek cacing kat reban ayam nak buat umpan…then terus mancing..lama gak la…asal letak ja..angkat pancing yang tggal mata kail..si cacing tu ntah ilang ke mana ;p aku nyaris2 ilang sabar…dan tiba-tiba….

ZASSSSS!!!!!!

dapat la sekor…punya la aku menjerit..wife aku n maklang aku pon tompang sekaki menjerit..ahaha macam dapat hadiah keta ja kami masa tu…then yg x tahan wife aku sempat amik pic aku masa 1st time dapat ikan…akhirnya!! berjaya gak aku dapat…walaupun baru sekor!! hahaha…

dan selepas itu aku makin mendapat rentak…akhirnya petang tu aku dapat cantas 5 ekor ikan talapia..yang paling best..ikan yang terakhir paling besar aku tangkap…wife aku pun nyaris dapat ikan jelawat yg amat besar..hingga fishing rod dia terlentik sgt ;p….

kat bawah ni korang boleh tgk la aksi2 aku ketika memancing..teruk betul aksi2 aku..kalau g memancing kat tempat orang ni mau kena halau..mana taknya..kami bising macam p pesta ;p

alhamdulillah aku berpuas hati hari ni..1st time serius pancing dapat 5 ekor…memang la byk dah mancing kat kolam..cuba sungai..ntah dapat ke tidak..huhu

tapi aku dapat belajar satu benda…iaitu kesabaran..if x ada mmg kita x dapat ;)


ni lah hasil tangkapan akau…lepas tangkap ja..persiang…goreng..terus makan sorang sekor..;p (gambar makan x amik..sebab kami kelaparan ;p)

Aku yang memancing
SOFIMOHD

Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

FINAL CUT PRO 7_TRAINING

FINAL CUT PRO 7_TRAINING


bilik darjah ;p


meja aku ;p

salam satu malaysia ;)

entry kali ni berkenaan aktiviti aku

sebelum ni aku ada turun di sri petaling..ramai kawan2 roger aku ajak aku lepak..tapi x dapat nak lepak sebab kesuntukan masa…sorry sgt2..but thanks kpd kawan2 yang dtg kat sri petaling jenguk aku…

wat pa di sri petaling?

aku ke sana sebab ada urusan tugasan..
iaitu aku di hantar oleh pihak uitm untuk menjalani kursus latihan software Final Cut Pro 7…
Alhamdulillah aku amat bertuah dapat mempelajari software ini..kerana final cut pro 7 ini merupakan software version terbaru di pasarkan….sebelum ni aku pernah guna software ni…

ops!!! sorry lupa bgtau apakah software ni ;p..

final cut pro 7 (FCP7) ni merupakan software editing video, movie, documentari etc yang membabitkan videography…di malaysia software ini byk di gunakan oleh industri perfileman @ production house untuk mengedit filem, drama tv dan etc2..

software ni aku pernah guna sewaktu aku bekerja dengan Arwah Jalil Ngah di AVXS production..dan lepas ja guna terus membuat aku ketagih dengan editing..memang dari diploma lg aku suka mengedit video..walau ngn software yang terhad (time tu byk guna adobe premier yang di ajar oleh lect aku, Arwah Tenku Arkhiar)…dah masa degree aku ada juga wat job video kawin..dan edit skali..itu la yang wat aku suka tentang editing video nih…

FCP7 ni lagi dasyat dari version sebelum2 ini…banyak memudahkan editor untuk melakukan tugas..dan juga boleh di buat motion seperti menggunakan After Effect nya software…seperti color grading, motion font dan etc2…

Training ini berjalan selama 3 hari..memang padat pengajaran yang aku terima..alhamdulillah aku di train oleh orang yang berpengalaman dan sporting…namanya Sir Dira..dan kebetulan pula Sir Dira ini merupakan bekas senior kepada pengarah animasi aku, Mr Black Imagebox..sir Dira merupakan seniornya sewaktu menjalankan projek Kartun Animasi Usop Sontorian…dan dia amat seorang yang x kedekut ilmu..dan aku juga sempat di bawa ke ofisnya untuk melihat studionya dan berkenalan dengan staff2 n anak2 buahnya….


Frankie (toke training centre) & Me


Sir Dira and Me

Sewaktu di sri petaling..cadangnya nak merayap amik gambar sekitar area sri petaling..tapi ada yang warning aku supaya jangan (ada la sebabnya ;p)…so aku x ada la amik gambar di sekitar sri petaling..cuma dia ambil dari hotel tempat aku menginap sahaja…dan alhamdulillah penginapan aku di hotel sri petaling amat berpuas hati..atleast penat belajar sehari suntuk boleh la aku rest ngn aman ;p


Suasana Bilik


Wardrobe yg simple dan sempoi


6 barang penting yang sentiasa aku usung kecuali kamera aku :

my RayBan, My Wallet+RM2, My BBerry, My Motolola, My Titus and the most important thing…
my wedding Ring ;>


Suasana Sri Petaling di kala senja

apa pun 3 hari training ini amat bermakna buat aku…mana taknya..bukan senang nak g training software secara FREE ;p…adios!

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

From Taiping to Kuala Sepetang

hilang x semestinya pupus…
pupus x semestinya hancus…

haha..itulah pepatah dari aku..apa yang membuat aku jarang update adalah salah satu sebabnya aku rajin outstation..sometime tempat aku pergi tu x ada line…itu yang membuat aku tersekat…sekarang boleh dikatakan 2 kali sebulan aku akan travel..kadang2 jauh..kadang2 dekat..kadang ciput ja jaraknya dari rumah aku…;p itu yg membuat jiran ku asik bertanya kenapa aku asik menghilang ja..;p

entry kali ini aku upload gambar aku ke kuala sepetang..aku sentiasa terdengar tentang kuala sepetang..agak selalu huga di sebut oleh rakan2…tapi aku xtau lak yang kuala sepetang tu dimana..almaklumlaa..buku teks geografi dah lama x buka..hehe…

rupanya kuala sepetang terletak di perak ja…45km dari taiping..pd waktu tersebut aku ada kursus 2 hari di Taiping Golf Resort then pada hari terakhir semua sepakat nak p pekena mee Udang d kuala sepetang..agak susah juga nak carik kedai mee udang the best..mana taknya..otw perjalanan ke sana..kiri kanan semua kedai makan mee udang…dari mee udang mak long sampai la mee udang maksu!!! mee udang ja,,,yang kami cari hanya mee udang mak teh…hehe..jenuh mencarik…

selepas selesai menghentam mee dan udang yang gedabak itu…en nazri aka tuan punya kereta membawa saya dan rakan2 ke jeti kuala sepetang (ayat skema ;p ) ..saja ja kami nak per tengok tempat orang..atleast kita tau apa ada di sana..masa tu hujan agak renyai2..so kami lepak x lama..takot demam..sebab tiap2 malam kami pergi menghentam durian…

di jeti tu lebih kurang sama dengan jeti2 yang lain…cuma ada perkhidmatan tongkang ke seberang dgn bayaran 50sen..itu yang menariknya..then di kawasan jeti tersebut kebanyakan nya perkampungan nelayan dan kebanyakan nya masyarakat cina..aku teruja dengan masyarakat mereka..kerana kerajinan mereka yang bekerja walau hari sudah petang..

kami meredah juga di kawasan perkampungan nelayan..dan setiba di depan rumah satukeluarga ni..membuat aku tergerak hati nak lompat keluar dari kereta..kenapa? sebab aku nk tau apa yang diorang lakukan..dan aku pon terus berborak ngn diorang…rupanya waktu petang diorang menghabiskan masa mengopek kerang..banyak guni juga yang diorang buat..itu semua untuk pendapatan sampingan diorang..aku juga teruja dengan keramahan diorang…x sombong x berlagak..cuma aunty yang aku nk ambil gambar tu malu2 sampai lari masuk ke rumah lintang pukang..heehe..kelakar lak masa tu…nasib baiklah aku boleh royat mandarin sket2..then dia pon x la malu2 berborak dengan aku…

apa pun setiap perjalanan aku..
sentiasa disulami dengan pengalaman…

aku dah plan kemana aku nak travel..
insyallah..jika x ada halangan..
aku akan tiba ke destinasi impian ku…

yang kuat berjalan!

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com

Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages :
http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock :
http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd /
opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com

RUSH HOUR IN HATYAI

Kekalutan d hatyai…

aktiviti rush hour ni berlaku secara x langsung dan tanpa di plan sebenarnya…kes ini berlaku pada bulan febuari lepas..mcm ni ceritanya…

syahida syariff : oi..aku kat penang ni..

aku : yeka? meh ar lepak2 sg petani..(ps sg petani di kedah)

syahida syariff : apa best yang best kat sg petani???

aku : errr (sebenarnya xtau apa yg best ;p)

syahida syariff : apa la…aku nak g bukit kayu hitam..jom ar join??

aku : apa barang bukit kayu hitam…mana ada apa sana…kayu ada la…

syahida syariff : abis tu??!!! (ada bunyik marah2 skit ;p)

aku : kita lajak danok terus ar…berapa langkah ja lagi..hehe

syahida syariff : danok?

aku : yela danok..siam..thailand…sawadikaapppp…klu rajin lagi jom ar lajak hatyai…

syahida syariff : ok set..esok aku gerak dr penang

aku : errr (sebenarnya aku gurau ja)

aku : passport korang bawak x??

syahida syariff : bawaaakkkk..

aku : ahaha..ok ok…esok korang terus turun kat JITRA..aku tggu kat sana..

teeet..talian putus..kredit aku habis..

kadang2 betulgak kata setengah setangah orang…kadangkala benda yang kita plan sekian lama x semestinya menjadi..yang selalu menjadi n best adalah benda yang tetiba di plan..

x sangka lak membe aku dua orang nih betul2 nak g hatyai…aku sebenarnya dah lama x masuk hatyai…rasanya last sekali masuk masa zaman sekolah menengah aku…masa tu masuk beli mercun ja..ni angkara ikut geng2 tua tua la ni…kawan2 aku kebanyakan tua bangka dari aku..almaklumla..dok kampung…kawan lak ngn geng2 baya akak aku or lg tua (sebenarnya diorang baik ngn aku sbb nk ngorat akak aku)

balik ke kisah rush hour aku..

pagi tu aku dah standby kat jitra kat kampung aku..menunggu shida n hafiz from penang…rasanya dr penang nk sampai jitra ni around 2 hour..but if shida bwk rasanya 1 hour x sampai…(hehe sorry shida ;p)…dalam kul 11 diorang pon sampai…n culik aku kat umah parent aku…lepas lepak makan kat area pekan jitra kitorang pon terus la gerak ke bukit kayu hitam…

sampai di sana selalunya ada dua pilihan..sama ada nak drive masuk sendiri ke hatyai..ataupun menggunakan khidmat teksi kesana…so…kitorang pilih utk guna teksi ke sana…almaklumlaa…masing2 buta jalan…kang klu drive sendiri terlajak sampai ke vietnam lak…so we take a taxi to hatyai (speaking london lak)…harga tambang, cas masuk, cas paking keta kat tempat diorang dalam rm80 seorang…itu baru harga pergi shj…balik x kira lagi…

dari pekan changlun (tempat kami parking keta) terus ke bukit kayu hitam…sampai sana ingatkan terus masuk…rupanya tukar teksi…chait!!! klu tau parking kat duty free bukit kayu hitam pon x pa…”sep” tambang teksi ke bukit kayu hitam…pada mulanya dreba teksi ni org malaysia..sampai bukit kayu hitam ja..dia ada cakap ngn orang2 teksi situ lak..

abg teksi malaysia : “kap kum krang kai kap kap maii”

abg teksi siam :”medai medai aum krap kai tu mai kia naiii”

abg teksi malaysia : haa..satgi adik semua p naik dengan dia..dia bawak hangpa masuk hatyai..

lor…nek teksi pon kna transit…ngalah nak p UK…sabo ajela…then dari duty free tu..kami naik la pulak denagn teksi toyota se plat thailand ni…masuk2 ja rasa cam risau gak..takot2 kna culik or rompak…dah la aku dok depan..apa2 dia acu pistol kat aku dulu…huhu..then aku pun ringan – ringan kan mulut cakap dengan dia…tapi cakap melayu la..dia pon boleh cakap melayu…dia bgtau nama dia LUCKY..hehe chumel ja nama..then dia bg kad…dia kata cakap ja nak p mana…dia bawak..so kami bgtau nak p town…

lepas masuk…dan di cop oleh kastam malaysia…then di check plak oleh kastam thailand…kami pon gerak..perjalanan dari bukit kayu hitam ke hatyai memakan masa dalam satu jam lebih…ntah apa aku sembang dgn si lucky pun x tau..kadang2 macam ayam ngn itik dah bersembang…aku cakap lain…dia cakap lain..elok sgt…

sampai sahaja di hatyai..kami pun menjalankan aktiviti kami iaitu shoping!! aku lak cuci mata ja..window shopinnggg…;p haha…tujuan utama aku ke hatyai bukan nk shoping sangat pon…tujuan aku nk tgk suasana, masyarakat, budaya, sosial, art n byk lagi la kat sana…nak tgk perbezaaan dgn malaysia…tapi…dari pemerhatian aku..x banyak sgt perbezaan dengan malaysia…cuma yang beza nya…jalan raya diorang..kenderaan semua mcm pelesit…ingat malaysia nya driver ja yg ganaz…diorang lagi ganaz…setakat meyelit masa jalan jam macam mat rempit kat malaysia tu dah biasa bg diorang…nenk tua menyelit lg dasyat..siap LAP lutut cecah jalan lg..terkejut aku..huh!!! nenek sapa la tuuuu…;p

Kami x lama d hatyai…dalam 5 jam ja di sana..sampai kastam  di malaysia tnya napa kejap sgt masuk siam (sebuk ja kastam tu) sebab memang plan utk balik hari…maybe next time ke bangkok pula…tgk rezeki dan kelapangan..apa pun d hatyai ni…kalau mlam byk pasar2 best…d sana kalau peminat bundle n hiasan wanita..memang tempat korang la..cuma kami x sempat tggu…

dari kiri : sofimohd, shahida syariff and hafiz

ni la si LUCKY driver kitorang

sempadan MALAYSIA n THAILAND

next time aku akan update travel aku yg lain lak…byk lagi nk citer sbenornya…;)

salam sawadikap

yang benar

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer / Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com

Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages :
http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock :
http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd /
opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com

happyVALENTINEday

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEKASIH

Que Haidar and Linda Jasmin wedding Preparation and Rehearsal

Entry kali ni aku nk mengambil kesempatan nak ucapkan selamat hari kekasih kepada sesiapa yang mempunyai kekasih di luar sana..(nk wt cmna aku xdak kekasih ;( )..thanks juga kepada kawan2 yg ucapkan wish ni untuk aku…huhu ;p

Esok merupakan hari kekasih sedunia..aku pun pelik kenapa perlu ada hr kekasih sedunia…pada hal tiap2 haripon bolehkan? ;p…mungkin tarikh ni d wujudkan bagi mereka2 yang amat bz..supaya mereka ada hari khas buat buah hati mereka…so kepada yang mempunyai kekasih..jagalah lah mereka…sayangi lah mereka…luangkan sedikit masa untuk org tersayang…

Tarikh  ini juga mesti ramai yang pilihih untuk majlis perkahwinan diorang…salah satu pasangan yang satu malaysia tahu yang memilih untuk berkahwin pd hr kekasih adalah pasangan sensasi Que Haidar dan Linda Jasmin…

Gambar di atas tu merupakan gambar persapan dan rehaersal majlis perkahwinan mereka untuk esok hari..yang di handle oleh Jeslina Hasyim sebagai wedding planner untuk Que Haidar n Linda Jasmin..Majlis mereka ini diadakan di Bora Ombak Ampang…

Apapun nanti aku update pada hari pernikahan diorang…nanti aku bebel byk2 lagi…sekarang letih baru balik rehearsal wedding Que Haidar n Linda Jasmin…aku mau tido…simpan Power untuk Berentap hari esok…hehe

wish me luck ;)

selamat malam…

Yang Keletihan

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer
Tel : 0124685603
YM : opy_bucumeja
Email :
sofimohd@ymail.com
Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages :
http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock :
http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd /
opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- /
h20_boyjit84@yahoo.com