seeeeeeelamaaat pagi cikguuuuuuuu…
more pic click here
Itulah ucapan yg selalu aku laungkan setiap pagi sekitar 1991 sehingga 1996…kenangan indah masa tu…minggu lepas selepas selesai hari majlis perkahwinan abang sepupu aku di perlis..aku terlintas nak ke sekolah rendah aku di jitra…nama sekolah rendah aku Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin…kebetulan hari yang aku nk pergi sama tarikh dengan hari pertama budak sekolah bersekolah..di kedah hari pertama dalam minggu adalah hari ahad..so aku mencurik peluang untuk pergi ke sekolah rendah aku…
Bila aku congak balik..dah 13 tahun aku x jejak kaki kat sekolah rendah aku ni…lama sangat tu..abis kuat pon aku just lalu depan pintu masuk ja (sbb tu laluan nak masuk kampung aku ;p)…pertama kali aku jejak kembali ke sekolah rendah aku ni..setiap sudut sekolah aku bagai flash back ala2 cerita matrik masa aku kecik2 dulu..rasa rindu zaman sekolah rendah membuak-buak kat ati aku ni..teringat kawan2 dan cikgu2…
Selepas mendapat kebenaran guru besar..aku pun menjalankan tugas aku..target aku ari ni adalah ..budak2 sekolah darjah satu..yang aku dapat berita…murid darjah satu dah mula daftar pada hari khamis sebelum ni..dan hari ini merupakan hari pertama diorang semua start belajar..aku x ingat sgt waktu 1st day aku ke sekolah ni..tinggal sikit ja dlm hardisk otak aku nih..aku cuma ingat aku di masukan ke dalam kelas 1seroja..dan x salah aku nama guru kelas aku cikgu norjela…yg len aku dah blur…yg masih fresh msa darjah 3 ke atas..
aku tertawa kecil bila aku start shot semua gambar2 diatas nih..macam2 peel bebudak nih..ada yang termenung (teringat umah), ada yang bersemangat..ada dah ala2 mengantuk..ada juga yang bersembang..hehe..tapi aku g sana senyap2..amik gambar pon curik2..x nak ganggu diorang belajar..tapi yang seronoknya..cikgu lak yg jemput masuk…apa lagi!!..aku redah jer…hehe
shot aku kali ni amat bermakna bagi aku..aku dapat jumpa balik cikgu2 aku..cikgu muzik aku..cikgu matematik aku..tapi byk cikgu yg ngajar aku dah berenti..tapi yang paling aku rindu cikgu Zarina..cikgu aku masa darjah 5 dan 6…satu sekolah aku pusing cari dia..akhirnya jumpa gak..apa pun kepada semua cikgu2 yang telah ngajar aku…jasa mu akan ku bwa sehingga ke akhir hayat..
Cikgu Kesayangan ku Pn Zarina
bila aku tgk budak nih..aku teringat diri aku pada masa sekolah rendah..dok belakang bukan nak buat apa cikgu suruh..melukis ja keja aku..penuh buku aku ngn gambar kartun..hehe ;p
yang kembali kesekolah
SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer
Tel : 0124685603
YM : opy_bucumeja
Email : sofimohd@ymail.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- / h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- / h20_boyjit84@yahoo.com





























