Laporan dari bilik gerakan MONOLOGseni STUDIO



salam semua..entry kali ini merupakan laporan workshop yang aku jalankan pada bulan puasa yang lalu..
workshop yang aku jalankan berlangsung di Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan berlangsung pada 21 ogos 2010 dari jam 9 hingga ke jam 5…workshop ini dirasmikan oleh DR. Marina Ismail Ketua Program CS233, Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan juga ucapan aluan daripada DR. Siti Salwa Salleh, Pensayarah Kanan Fakulti Komputer Sains dan Matematik..




Pada awalnya Workshop ini disertai oleh 40 orang pelajar degree dan pada hari talk tersebut dalam 20 orang pelajar master turut serta untuk sesi pertama…workshop aku ini, pada sesi pertama aku tekankan bahagian teori asas dan juga penggunaan asas video…alhamdulillah aku para peserta betul2 mmberi perhatian dan byk soalan yang di kemukakan kepada aku..ini menunjukan keazaman yg diorang betul2 nk belajar..
selepas lunch..eh time ni bulan posa..mana ada lunch ;p



selepas rehat aku adakan sesi perbincangan sebelum ke sesi praktikal..sesi perbincangan ini para peserta akan menunjukan storyboard assigment mereka untuk aku beri pendapat..tema video diorang lebih kurang seperti short filem..dan short filem diorang berkenaan isu semasa..dan para peserta tidak menggunakan manusia sbg diorang punya subjek matter..tetapi barang2 lain seperti batu..tanah liat dan sbgnya sebagai subjek matter..idea yg menarik oleh Dr. Siti Salwa.




selepas perbincangan dengan setiap kumpulan mengenai storyboard diorang..aku teruskan dengan latihan amali…setiap kumpulan di kehendaki mencuba mengambil video..dan hendaklah dicuba dari pelbagai sudut mengikut kreativiti setiap kempulan..alhamdulillah setiap kumpulan dapat melakukanya walaupun dengan tempoh workshop yang singkat..dan selepas worshop…saya di jemput pula menyertai majlis berbuka puasa bersama para peserta dan dr siti salwa..


alhamdulillah..akhirnya workshop pertama aku berlangsung dengan jayanya..pertama sekali aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang memberi rezeki kepada ku…dan setinggi terima kasih kepada isteri dan family aku yang sentiasa memberi semangat untuk aku terus berjuang..
dan terima kasih kepada peserta peserta workshop videografi ini kerana memberi komitmen yang amat membanggakan…saya sentiasa doakan kejayaan korang semua…
dan tidak lupa jutaan terima kasih saya kepada 2 orang pelajar saya yg sedang menuntut degree di shah alam iaitu dude dan isra yang sudi dtg membantu saya mengendalikan workshop ini…thanks sgt2..
dan akhir sekali jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kepada dr siti salwa yang sudi menjemput dan memberi kepercayaan penuh kpd saya mengadakan dan mengendalikan workshop ini di fakulti dr…moga di masa hadapan kita dapat teruskan lagi dengan program dan workshop2 yang lebih advance..

sebenarnya dah lama aku impikan untuk mengadakan workshop yang di kendalikan oleh aku sendiri..bak kata org tua tua..pucuk dicita ulam yang datang…betul kata-kata tu..aku idamkan mengadakan workshop photo atau graphic design sahaja..x sangka pula aku diberi peluang membuat videografi nya workshop…
betul kata kata ayah aku dan kata ayah mertua ku..jika kita betul2 melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan niat yang baik tanpa ada niat hendak membodek, mengambil kesempatan dan menunjuk2 kita akan maju kehadapan..walau banyak dugaan yang sentiasa datang..allah akan mempermudahkan segala urusan kita…

sebahagian peserta workshop (baju purple : dr siti salwa)
SOFIMOHD
M.A Graphic Communication & New Media
BA(Hons) Graphic Design & Digital Media
Diploma Graphic Design & Digital Media
CEO / Art Director / Photographer / Lecturer
MONOLOGSENI STUDIO
Mobile : 012 468 5603
Facebook : sofi mohd
BlackBerry Pin : 20cdfff5
Blog : blog.sofimohd.com
Email : sofimohd.monologseni@gmail.com
Yahoo Messenger : opy_bucumeja@yahoo.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd