REPORT BASIC VIDEOGRAPHY WORKSHOP by SofiMohd

Laporan dari bilik gerakan MONOLOGseni STUDIO

salam semua..entry kali ini merupakan laporan workshop yang aku jalankan pada bulan puasa yang lalu..

workshop yang aku jalankan berlangsung di Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan berlangsung pada 21 ogos 2010 dari jam 9 hingga ke jam 5…workshop ini dirasmikan oleh DR. Marina Ismail Ketua Program CS233, Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan juga ucapan aluan daripada DR. Siti Salwa Salleh, Pensayarah Kanan Fakulti Komputer Sains dan Matematik..

Pada awalnya Workshop ini disertai oleh 40 orang pelajar degree dan pada hari talk tersebut dalam 20 orang pelajar master turut serta untuk sesi pertama…workshop aku ini, pada sesi pertama aku tekankan bahagian teori asas dan juga penggunaan asas video…alhamdulillah aku para peserta betul2 mmberi perhatian dan byk soalan yang di kemukakan kepada aku..ini menunjukan keazaman yg diorang betul2 nk belajar..

selepas lunch..eh time ni bulan posa..mana ada lunch ;p

selepas rehat aku adakan sesi perbincangan sebelum ke sesi praktikal..sesi perbincangan ini para peserta akan menunjukan storyboard assigment mereka untuk aku beri pendapat..tema video diorang lebih kurang seperti short filem..dan short filem diorang berkenaan isu semasa..dan para peserta tidak menggunakan manusia sbg diorang punya subjek matter..tetapi barang2 lain seperti batu..tanah liat dan sbgnya sebagai subjek matter..idea yg menarik oleh Dr. Siti Salwa.

selepas perbincangan dengan setiap kumpulan mengenai storyboard diorang..aku teruskan dengan latihan amali…setiap kumpulan di kehendaki mencuba mengambil video..dan hendaklah dicuba dari pelbagai sudut mengikut kreativiti setiap kempulan..alhamdulillah setiap kumpulan dapat melakukanya walaupun dengan tempoh workshop yang singkat..dan selepas worshop…saya di jemput pula menyertai majlis berbuka puasa bersama para peserta dan dr siti salwa..

alhamdulillah..akhirnya workshop pertama aku berlangsung dengan jayanya..pertama sekali aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang memberi rezeki kepada ku…dan setinggi terima kasih kepada isteri dan family aku yang sentiasa memberi semangat untuk aku terus berjuang..

dan terima kasih kepada peserta peserta workshop videografi ini kerana memberi komitmen yang amat membanggakan…saya sentiasa doakan kejayaan korang semua…

dan tidak lupa jutaan terima kasih saya kepada 2 orang pelajar saya yg sedang menuntut degree di shah alam iaitu dude dan isra yang sudi dtg membantu saya mengendalikan workshop ini…thanks sgt2..

dan akhir sekali jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kepada dr siti salwa yang sudi menjemput dan memberi kepercayaan penuh kpd saya mengadakan dan mengendalikan workshop ini di fakulti dr…moga di masa hadapan kita dapat teruskan lagi dengan program dan workshop2 yang lebih advance..

sebenarnya dah lama aku impikan untuk mengadakan workshop yang di kendalikan oleh aku sendiri..bak kata org tua tua..pucuk dicita ulam yang datang…betul kata-kata tu..aku idamkan mengadakan workshop photo atau graphic design sahaja..x sangka pula aku diberi peluang membuat videografi nya workshop…

betul kata kata ayah aku dan kata ayah mertua ku..jika kita betul2 melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan niat yang baik tanpa ada niat hendak membodek, mengambil kesempatan dan menunjuk2 kita akan maju kehadapan..walau banyak dugaan yang sentiasa datang..allah akan mempermudahkan segala urusan kita…

sebahagian peserta workshop (baju purple : dr siti salwa)

SOFIMOHD
M.A Graphic Communication & New Media
BA(Hons) Graphic Design & Digital Media
Diploma Graphic Design & Digital Media

CEO / Art Director / Photographer / Lecturer
MONOLOGSENI STUDIO
Mobile : 012 468 5603
Facebook : sofi mohd
BlackBerry Pin : 20cdfff5
Blogblog.sofimohd.com
Email : sofimohd.monologseni@gmail.com
Yahoo Messenger : opy_bucumeja@yahoo.com
Photo Stockhttp://www.flickr.com/photos/sofimohd

AKAR @ Shah Alam

salam raya ke5..di kala org berpusu pusu upload gambo raya diorang..aku upload gambo event ;)

31.7.10 lepas aku dapat Yahoo Massenger from my cousin Nadia, yang dia akan turun ke shah alam untuk p tgk akar..

AKAR?

apa tu akar?

akar ni merupakan satu event art performance dimana para pengkarya berkumpul meluahkan karya mereka semua..kali ini akar berlangsung di dataran seni shah alam (x salah aku la) yang bersebelahan galeri shah alam…event start dalam petang x salah aku..tapi jam 11 baru aku bertolak dari klang selepas selesai urusan dengan client aku..

event sebegini byk mencungkil bakat terpendam n baru..underground..indie n mcm2 lagi la…event art performance ni dah lama aku x join..almaklumla kat kat kedah ni x byk event sebegini..sebab tu la dapat tau ja terus aku dtg shah alam..saja nak ambil gmbar n sua muka nk jumpa kawan2 lama disana..

x salah aku asal usul AKAR ni merupakan LAYAR TANCHAP yang selalu aku hadiri sebelum ini (dapat tau dr student aku la)…layar tanchap ni dahulunya mmg tempat untuk semua para pengkarya seni dtg meluahkan kesenian isi hati mereka..ramai sgt yang talented..

masa aku di AKAR tu rindu pulak aku pada zaman2 aku join art performance dulu..terutama busking di Bukit Bintang…kawan2 di sana pon dah lama aku x jumpa..insyallah one day nnti kita akan bergabung semula untuk perform atau busking..semuanya dah ada dalam plan aku ;p

malam tu aku dia akar ramai juga di sana..tapi kata cousin aku..awal2 td lagi ramai..maybe ramai dah balik..masa aku sampai, fynn baru nk perform..so aku x cakap byk..menembak la aku ;p aku sempat layan dua performance ja..fynn n geng pesawat..xpa next time aku awal2 selepas subuh ;p


nad dengan chibinya ;p (betol x nama ni nad? lupa ;p)


aku bersama bidadari2 aku…nad my cousin n my luvly wife

yang berakar

SOFIMOHD
M.A Graphic Communication & New Media
BA(Hons) Graphic Design & Digital Media
Diploma Graphic Design & Digital Media

CEO / Art Director / Photographer / Lecturer
MONOLOGSENI STUDIO
Mobile : 012 468 5603
Facebook : sofi mohd
BlackBerry Pin : 20cdfff5
Blog : blog.sofimohd.com
Email : sofimohd.monologseni@gmail.com
Yahoo Messenger : opy_bucumeja@yahoo.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd

SALAM CINTA AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH INI

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam aidilfitri…dengan rendah dirinya aku ingin memohon seribu kemaafan zahir dan batin kepada ibu bapa ku, Isteri ku, adik beradik ku, kaum kerabatku, keluarga mertuaku, sahabat2, rakan2, student2ku, client2, x client, future client, musuh dalam selimut, musuh luar selimut ;p dan semua yang mengenali diri aku ini jika aku ada terkasar dan terlanjur bahasa dan perbuatan…

Alhamdulillah ALLAH s.w.t masih mengizinkan aku merasai hari raya aidilfitri…setelah hampir sebulan kita berpuasa dan melawan nafsu diri sendiri..akhirnya kita sudah berada di syawal…bulan ramadhan mmg aku x update sgt blog aku..byk tumpukan ibadat n solat2 sunat…dan selepas terawih aku banyak di studio foto ku membantu student2 aku siapkan tugasan mereka…

Alhamdulillah ramadhan kali ini merupakan ramadhan pertama aku sebagai seorang suami..berat tanggung jawab suami ni..dan aku sentiasa cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ku ini…insyallah aku dapat memikul tanggung jawab ini dengan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t..

Dan raya kali ini juga merupakan raya pertama aku bersama keluarga isteri tercinta aku..dan juga kali pertama aku beraya jauh dari keluarga ku..moga aidilfitri ini memberi kebahagian dan keberkatan kepada aku, keluarga ku, keluarga mertua ku dan seluruh kaum kerabatku…

entry kali ni x nak bebel byk2..raya sudah kembali..takbir raya sudah bergema..salam syawal kepada semua…

ASSALAMMUALAIKUM…

p/s : sapa nak duit raya meh dtg umah ;)

Yang Beraya

SOFIMOHD
M.A Graphic Communication & New Media
BA(Hons) Graphic Design & Digital Media
Diploma Graphic Design & Digital Media

CEO / Art Director / Photographer / Lecturer
MONOLOGSENI STUDIO
Mobile : 012 468 5603
Facebook : sofi mohd
BlackBerry Pin : 20cdfff5
Blog : blog.sofimohd.com
Email : sofimohd.monologseni@gmail.com
Yahoo Messenger : opy_bucumeja@yahoo.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd

BASIC VIDEOGRAPHY WORKSHOP by SofiMohd

salam semua…entry aku kali ini ada kelainan sedikit..selalunya aku menceritakan tentang fotografi..tapi kali ni aku menceritakan pula rahsia ttg diri aku..iaitu videografi..

ramai ter tanya2 knapa tetiba aku buat workshop videografi…kenapa tidak fotografi?…sebenarnya kalau diikutkan tiap2 hari aku buat workshop fotografi..yela mana taknya, aku di fakulti ada mengajar subjek photography dimana pelajar department graphic wajib mengambil subjek photography 1 dan 2…photo 1 adalah untuk basic dan photo 2 more advance n for studio lighting…insyallah suatu hari nanti aku akan kendalikan workshop fotografi…

ok? berbalik kepada workshop videografi..kenapa? mengapa? bagaimana? tang mana? pelbagai soalan di ajukan kepada aku…dan ada juga bertanya pada aku..reti ke pasal video ni? ;) terima kasih atas soalan itu..NAK KATA RETI..MESTI LA RETI xkan la x tau langsung..nak katakkan pro x la pro sgt..tp cukup la ilmu di dada ni nak share dengan orang yang baru nak belajar…

Aku mula berjinak2 dengan videografi ni masa aku blajar dulu..kalau nak di ikutkan minat dari kecik lagi..masa tu suka berangan angan jadi kameraman wartawan ;p…then masa aku diploma aku dapat ceburi bidang ini..belajar sendiri dan juga ada yg tnya pensyarah aku…pada masa tu video cam amatlah mahal..memang x termimpi pun nak miliki..tapi alhamdulillah..paksu asri aku baik hati..dan dia pinjamkan kepada aku video cam nya…aku ingat lg pesan nya..”untuk belajar ambil sahaja..tapi dah ada kemudahan..jangan lupa amanah yg diberi oleh mak ayah”..maksudnya..aku kna la blajar dan beramal selagi nyawa di kandung badan aku ini…

Masa belajar lah aku byk explore ttg videocam dan juga angle2 yg menarik..dari diploma sampai lah ke degree..dan aku amat beruntung berpeluang bekerja di production house..di situ aku byk belajar…masa bersama arwah Jalil Ngah di AVXS production aku dapat belajar byk dari segi lighting dan ke detailan..memang ke detailannya x ada sapa yang boleh lawan…kemudian aku berpeluang juga bekerja dengan Chunk Azizi Adnan pengarah yang tgh naik sekarang..walaupun ramai kata cerita dia karut marut..tapi korang x tgk lagi kedetailan dia masa bekerja..dan juga black, pet, rizal, sam dan anjang yang aku kenali masa di IMAGEBOX dan juga di company2 lain seperti FMMEDIA, HMDESIGN, BLUETRINITY dan juga CANDIDSYNDROME…dari situ aku belajar bersungguh sungguh…dan dari orang2 inilah aku terikut ikut cara kerja diorang..time kerja memang aku byk songeh, detail, garang, mulut x makan saman dan byk lg..adat dunia production..sori kepada sesapa yg penah kerja ngn aku dan termakan hati dgn aku (korang tahan ja telinga kalau aku maki ;p)…bukan apa..aku pentingkan kesempurnaan dan penghasilan karya…

Alhamdulillah atas usaha gigih aku ini, ada yang menghargai usaha aku ini..aku di jemput oleh Ketua Professional Training and Development Unit (ProTRAD) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, SELANGOR iaitu DR. SITI SALWA SALLEH Pensyarah Kanan dari Jabatan Sains Komputer (SIGMM), Fakulti Sains Komputer dan Matematik untuk membuat workshop tentang basic videography di fakulti beliau pada 21 ogos 2010 ini…seramai 40 orang pelajar yang sudah berdaftar untuk workshop tersebut…

Insyallah aku akan buat yang terbaik untuk workshop sulung aku ini..moga allah memberkati workshop aku ini…aku harapkan kawan2 doakan kejayaan aku…aminnn ;)

yang bersyukur
SOFIMOHD

Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

PRE vs POST WEDDING_KODIANG_KEDAH

PRE vs POST WEDDING

Pre Wedding Ridhwan & Solihin

Post Wedding Hafiz & Anne

entry kali ni adalah mengenai PE n POST wedding..

apa itu PRE?

apa itu POST?

pre wedding atau pra wedding adalah sesi fotografi sebelum majlis pernikahan atau majlis persandingan sepasang mempelai, tujuan pre wedding adalah untuk kegunaan pasangan menceritakan yang diorang bakal kawin…atau mereka sudah bertunang…dan juga kadangkala gambar yang di ambil untuk kegunaan masa majlis mereka nanti cthnya : kad kahwin, gift dan juga untuk slide show di majlis mereka nanti…

post wedding lak adalah gambar diorang selepas majlis perkahwinan diorang…biasanya akan di shot keesokan selepas majlis..kerana kemungkinan kekangan masa pada hari majlis tersebut…ada yang shot selepas setahun sekali dengan baby diorang…ataupun ada yang ingin mengambil kemudian kerana baru ada keatas bajet..dan ada juga shot post wedding bagi mengingati anniversary perkahwinan mereka…

untuk entry kali ni aku mengambil serentak untuk pre n post wedding thats why aku nya title PRE vs POST wedding…kita boleh saksikan dua pasangan berentap untuk gambar2 mereka…

pasangan pertama atau pasangan pre wedding adalah pasangan cikgu ridhwan dan tunangnya solihin..konsep yang digunakan adalah kampung ataupun 7o an..klu kita dpt tgk cikgu ridhwan siap gaya ala2 p. ramlee…hehe ;p dan pasangan kedua pula hafiz dan anne..pasangan post wedding..hafiz merupakan rakan sekerja aku…dan dah mendirikan rumah tgga bulan 10 tahun lepas..so dah lama sgt tangguh nak shot outdoor..akirnya kami sekalikan bersama photoshot pre wedding ridhwan…

kali ni aku x shot sorang atau di temani 2nd fotographer aku (faizah mohd a.k.a isteri ku) aku bersama team aku Snapsyndicate yg di kepalai oleh rakan aku dan juga guru aku arn dan cikgu ari…kebetulan time ni cikgu ridhwan ada wat open house..so thats why satu team turun…snap syndicate dah lama ditubuhkan..n dah byk pengikut2nya..ada yang join n kna fired pon dah ada ;p..hehe nanti aku akan ceritakan ttg snapsyndicate lak di entry yg lain k..

apa pun thanks kepada cikgu ridwan kerana sudi menjemput saya dtg ke masjlis anda..
dan cepat2 kawen k!! ;p

p.s this pic credit to snapsyndicate

The Snapsyndicate Team


sebahagian daripada snapsyndicate team
(sebenarnya org tgh test lighting, saja jadi model terjun jap ;p)


snapsyndicate family

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com