AKAR @ Shah Alam

salam raya ke5..di kala org berpusu pusu upload gambo raya diorang..aku upload gambo event ;)

31.7.10 lepas aku dapat Yahoo Massenger from my cousin Nadia, yang dia akan turun ke shah alam untuk p tgk akar..

AKAR?

apa tu akar?

akar ni merupakan satu event art performance dimana para pengkarya berkumpul meluahkan karya mereka semua..kali ini akar berlangsung di dataran seni shah alam (x salah aku la) yang bersebelahan galeri shah alam…event start dalam petang x salah aku..tapi jam 11 baru aku bertolak dari klang selepas selesai urusan dengan client aku..

event sebegini byk mencungkil bakat terpendam n baru..underground..indie n mcm2 lagi la…event art performance ni dah lama aku x join..almaklumla kat kat kedah ni x byk event sebegini..sebab tu la dapat tau ja terus aku dtg shah alam..saja nak ambil gmbar n sua muka nk jumpa kawan2 lama disana..

x salah aku asal usul AKAR ni merupakan LAYAR TANCHAP yang selalu aku hadiri sebelum ini (dapat tau dr student aku la)…layar tanchap ni dahulunya mmg tempat untuk semua para pengkarya seni dtg meluahkan kesenian isi hati mereka..ramai sgt yang talented..

masa aku di AKAR tu rindu pulak aku pada zaman2 aku join art performance dulu..terutama busking di Bukit Bintang…kawan2 di sana pon dah lama aku x jumpa..insyallah one day nnti kita akan bergabung semula untuk perform atau busking..semuanya dah ada dalam plan aku ;p

malam tu aku dia akar ramai juga di sana..tapi kata cousin aku..awal2 td lagi ramai..maybe ramai dah balik..masa aku sampai, fynn baru nk perform..so aku x cakap byk..menembak la aku ;p aku sempat layan dua performance ja..fynn n geng pesawat..xpa next time aku awal2 selepas subuh ;p


nad dengan chibinya ;p (betol x nama ni nad? lupa ;p)


aku bersama bidadari2 aku…nad my cousin n my luvly wife

yang berakar

SOFIMOHD
M.A Graphic Communication & New Media
BA(Hons) Graphic Design & Digital Media
Diploma Graphic Design & Digital Media

CEO / Art Director / Photographer / Lecturer
MONOLOGSENI STUDIO
Mobile : 012 468 5603
Facebook : sofi mohd
BlackBerry Pin : 20cdfff5
Blog : blog.sofimohd.com
Email : sofimohd.monologseni@gmail.com
Yahoo Messenger : opy_bucumeja@yahoo.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd

SALAM CINTA AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH INI

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam aidilfitri…dengan rendah dirinya aku ingin memohon seribu kemaafan zahir dan batin kepada ibu bapa ku, Isteri ku, adik beradik ku, kaum kerabatku, keluarga mertuaku, sahabat2, rakan2, student2ku, client2, x client, future client, musuh dalam selimut, musuh luar selimut ;p dan semua yang mengenali diri aku ini jika aku ada terkasar dan terlanjur bahasa dan perbuatan…

Alhamdulillah ALLAH s.w.t masih mengizinkan aku merasai hari raya aidilfitri…setelah hampir sebulan kita berpuasa dan melawan nafsu diri sendiri..akhirnya kita sudah berada di syawal…bulan ramadhan mmg aku x update sgt blog aku..byk tumpukan ibadat n solat2 sunat…dan selepas terawih aku banyak di studio foto ku membantu student2 aku siapkan tugasan mereka…

Alhamdulillah ramadhan kali ini merupakan ramadhan pertama aku sebagai seorang suami..berat tanggung jawab suami ni..dan aku sentiasa cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ku ini…insyallah aku dapat memikul tanggung jawab ini dengan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t..

Dan raya kali ini juga merupakan raya pertama aku bersama keluarga isteri tercinta aku..dan juga kali pertama aku beraya jauh dari keluarga ku..moga aidilfitri ini memberi kebahagian dan keberkatan kepada aku, keluarga ku, keluarga mertua ku dan seluruh kaum kerabatku…

entry kali ni x nak bebel byk2..raya sudah kembali..takbir raya sudah bergema..salam syawal kepada semua…

ASSALAMMUALAIKUM…

p/s : sapa nak duit raya meh dtg umah ;)

Yang Beraya

SOFIMOHD
M.A Graphic Communication & New Media
BA(Hons) Graphic Design & Digital Media
Diploma Graphic Design & Digital Media

CEO / Art Director / Photographer / Lecturer
MONOLOGSENI STUDIO
Mobile : 012 468 5603
Facebook : sofi mohd
BlackBerry Pin : 20cdfff5
Blog : blog.sofimohd.com
Email : sofimohd.monologseni@gmail.com
Yahoo Messenger : opy_bucumeja@yahoo.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd

BASIC VIDEOGRAPHY WORKSHOP by SofiMohd

salam semua…entry aku kali ini ada kelainan sedikit..selalunya aku menceritakan tentang fotografi..tapi kali ni aku menceritakan pula rahsia ttg diri aku..iaitu videografi..

ramai ter tanya2 knapa tetiba aku buat workshop videografi…kenapa tidak fotografi?…sebenarnya kalau diikutkan tiap2 hari aku buat workshop fotografi..yela mana taknya, aku di fakulti ada mengajar subjek photography dimana pelajar department graphic wajib mengambil subjek photography 1 dan 2…photo 1 adalah untuk basic dan photo 2 more advance n for studio lighting…insyallah suatu hari nanti aku akan kendalikan workshop fotografi…

ok? berbalik kepada workshop videografi..kenapa? mengapa? bagaimana? tang mana? pelbagai soalan di ajukan kepada aku…dan ada juga bertanya pada aku..reti ke pasal video ni? ;) terima kasih atas soalan itu..NAK KATA RETI..MESTI LA RETI xkan la x tau langsung..nak katakkan pro x la pro sgt..tp cukup la ilmu di dada ni nak share dengan orang yang baru nak belajar…

Aku mula berjinak2 dengan videografi ni masa aku blajar dulu..kalau nak di ikutkan minat dari kecik lagi..masa tu suka berangan angan jadi kameraman wartawan ;p…then masa aku diploma aku dapat ceburi bidang ini..belajar sendiri dan juga ada yg tnya pensyarah aku…pada masa tu video cam amatlah mahal..memang x termimpi pun nak miliki..tapi alhamdulillah..paksu asri aku baik hati..dan dia pinjamkan kepada aku video cam nya…aku ingat lg pesan nya..”untuk belajar ambil sahaja..tapi dah ada kemudahan..jangan lupa amanah yg diberi oleh mak ayah”..maksudnya..aku kna la blajar dan beramal selagi nyawa di kandung badan aku ini…

Masa belajar lah aku byk explore ttg videocam dan juga angle2 yg menarik..dari diploma sampai lah ke degree..dan aku amat beruntung berpeluang bekerja di production house..di situ aku byk belajar…masa bersama arwah Jalil Ngah di AVXS production aku dapat belajar byk dari segi lighting dan ke detailan..memang ke detailannya x ada sapa yang boleh lawan…kemudian aku berpeluang juga bekerja dengan Chunk Azizi Adnan pengarah yang tgh naik sekarang..walaupun ramai kata cerita dia karut marut..tapi korang x tgk lagi kedetailan dia masa bekerja..dan juga black, pet, rizal, sam dan anjang yang aku kenali masa di IMAGEBOX dan juga di company2 lain seperti FMMEDIA, HMDESIGN, BLUETRINITY dan juga CANDIDSYNDROME…dari situ aku belajar bersungguh sungguh…dan dari orang2 inilah aku terikut ikut cara kerja diorang..time kerja memang aku byk songeh, detail, garang, mulut x makan saman dan byk lg..adat dunia production..sori kepada sesapa yg penah kerja ngn aku dan termakan hati dgn aku (korang tahan ja telinga kalau aku maki ;p)…bukan apa..aku pentingkan kesempurnaan dan penghasilan karya…

Alhamdulillah atas usaha gigih aku ini, ada yang menghargai usaha aku ini..aku di jemput oleh Ketua Professional Training and Development Unit (ProTRAD) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, SELANGOR iaitu DR. SITI SALWA SALLEH Pensyarah Kanan dari Jabatan Sains Komputer (SIGMM), Fakulti Sains Komputer dan Matematik untuk membuat workshop tentang basic videography di fakulti beliau pada 21 ogos 2010 ini…seramai 40 orang pelajar yang sudah berdaftar untuk workshop tersebut…

Insyallah aku akan buat yang terbaik untuk workshop sulung aku ini..moga allah memberkati workshop aku ini…aku harapkan kawan2 doakan kejayaan aku…aminnn ;)

yang bersyukur
SOFIMOHD

Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

PRE vs POST WEDDING_KODIANG_KEDAH

PRE vs POST WEDDING

Pre Wedding Ridhwan & Solihin

Post Wedding Hafiz & Anne

entry kali ni adalah mengenai PE n POST wedding..

apa itu PRE?

apa itu POST?

pre wedding atau pra wedding adalah sesi fotografi sebelum majlis pernikahan atau majlis persandingan sepasang mempelai, tujuan pre wedding adalah untuk kegunaan pasangan menceritakan yang diorang bakal kawin…atau mereka sudah bertunang…dan juga kadangkala gambar yang di ambil untuk kegunaan masa majlis mereka nanti cthnya : kad kahwin, gift dan juga untuk slide show di majlis mereka nanti…

post wedding lak adalah gambar diorang selepas majlis perkahwinan diorang…biasanya akan di shot keesokan selepas majlis..kerana kemungkinan kekangan masa pada hari majlis tersebut…ada yang shot selepas setahun sekali dengan baby diorang…ataupun ada yang ingin mengambil kemudian kerana baru ada keatas bajet..dan ada juga shot post wedding bagi mengingati anniversary perkahwinan mereka…

untuk entry kali ni aku mengambil serentak untuk pre n post wedding thats why aku nya title PRE vs POST wedding…kita boleh saksikan dua pasangan berentap untuk gambar2 mereka…

pasangan pertama atau pasangan pre wedding adalah pasangan cikgu ridhwan dan tunangnya solihin..konsep yang digunakan adalah kampung ataupun 7o an..klu kita dpt tgk cikgu ridhwan siap gaya ala2 p. ramlee…hehe ;p dan pasangan kedua pula hafiz dan anne..pasangan post wedding..hafiz merupakan rakan sekerja aku…dan dah mendirikan rumah tgga bulan 10 tahun lepas..so dah lama sgt tangguh nak shot outdoor..akirnya kami sekalikan bersama photoshot pre wedding ridhwan…

kali ni aku x shot sorang atau di temani 2nd fotographer aku (faizah mohd a.k.a isteri ku) aku bersama team aku Snapsyndicate yg di kepalai oleh rakan aku dan juga guru aku arn dan cikgu ari…kebetulan time ni cikgu ridhwan ada wat open house..so thats why satu team turun…snap syndicate dah lama ditubuhkan..n dah byk pengikut2nya..ada yang join n kna fired pon dah ada ;p..hehe nanti aku akan ceritakan ttg snapsyndicate lak di entry yg lain k..

apa pun thanks kepada cikgu ridwan kerana sudi menjemput saya dtg ke masjlis anda..
dan cepat2 kawen k!! ;p

p.s this pic credit to snapsyndicate

The Snapsyndicate Team


sebahagian daripada snapsyndicate team
(sebenarnya org tgh test lighting, saja jadi model terjun jap ;p)


snapsyndicate family

SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog :
http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com

CINTA RAMADHAN

Salam Ramadhan kepada semua umat islam di pelusuk dunia

salam ramadhan kepada semua..alhamdulillah masih lagi kita semua sempat bertemu dengan ramadhan kali ini…maksudnya kita masih lg berkesempatan bertemu dgn lailatulqadar…hari yang setiap mukmin impikan…;)

alhamdulillah sekali lagi kali ini merupakan kali ke2 aku berpuasa di tanah kedah ini..mana taknya hampir 8 tahun aku berpuasa merantau di negeri orang…semuanya lain..tambah pula duduk bujang..masak sendiri la..habis kuat nasi bungkus…;p buka puasa pun kekadang sorang2…kadang2 ngn membe..ngn family mmg susah skali..boleh kira ngn jari..tapi apa pun aku dah laluinya dengan cekal...korang boleh klik sini untuk tau apa yang aku makan n lalui masa di perantauan…di negeri orang x sama dengan tempat sendiri…hanya tuhan sahaja yang tau perasaan ingin berpuasa di kampung halaman..

puasa kali aku tak lagi keseorangan..tahun lepas walaupun aku sudah d kedah..tapi aku still lagi berpuasa seorang diri..walau pun ada housemate tapi dia asik bz ngn gf dia..xkan la aku nak kaco ;p…dan tahun ni lagi bermakna..bukan sahaja aku berpuasa seorang..tapi berdua dengan isteri tercinta ku dan juga kitorang satu family balik berkumpul berbuka di jitra dan juga bukit pinang rumah mak tok aku..;)

di kedah hari pertama puasa seluruh kedah akan cuti…so malam pertama sebelum berpuasa isteri aku masak untuk aku…walaupun simple..but nice..sedap sgt2..dan kami sahur pun dengan ringkas..xnak byk sgt lauk..nnti membazir..sebab di rumah kami berdua shj…


Sayur asparagus (aku panggil sayur padi sbb mcm padi ;p)


Ayam goreng berempah

dan puasa pertama tu kami berbuka di rumah parent aku di jitra..tapi masa tu x cukup lengkap lg family kami..sbb akak, abg n anak menakan aku x sampai lg..sahur esoknya bru diorang sampai…dan malam berbuka tu baru lah family kitorang lengkap..ayah aku, mak aku, kak yana, abg mukhlis, aiman, atiqah, si kenit ammar, isteriku dan aku..lengkap!! x muat meja makan di buatnya…lauk pauk pun byk dan resepi dari mama, kak yana dan isteriku terhidang utk santapan kami…fuh! boleh pecah perot dibuatnya ;p


Ikan merah masak sweet n sour resepi isteri ku ;p


Sambal udang resepi bonda ku


Ayam percik resepi abg iparku (sebenarnya beli kat pasar ramadhan ;p)


sayur kacang panjang


Daging masak kicap resepi mak tok ku (thanks maktok sebab tapaukan utk kitorang)


Sotong salut tepung berempah resepi ayah ku (rempah ayah aku beli kat kedai ;p)

dan satu lagi tomyam campur resepi kakak aku (sorry gambo x amik time tu dah nak berbuka..lapo!!) ;p

keesokan malam berbukanya..kami satu family ke rumah maktok..kami semua berbuka disana…yang paling best disana..mak tok buat lauk kegemaran aku!! wahh…terharu aku…hehe..mana taknya dah lama x makan lauk dari mak tok aku…dan paling special gabungan resepi mak tok n mak wa aku..ikan sambal goreng! malam tu family aku dan family WA (adik ayah aku) join skali…meriah di rumah mak tok aku…tu baru 2 family anak2 mak tok aku..bayangkan if 11org anak2 maktok aku dtg berbuka skali…kna wat khemah la jwbnya ;)


gula melaka resepi makcik aku atau aku panggil Makwa


Cucur udang tanpa udang ;p (resepi khas utk aku oleh Makwa)


Cempedak goreng resepi kakak ku


Sate Ayam n Daging resepi kedai di simpang masuk kampung maktok ku ;p


sambal resepi nenek ku


Ulam di petik depan rumah nenek ku (Fresh kaw! kaw!)


Masak lemak toge


Gulai ikan kot ;p


Tom Yam Campor Resepi kakak ku
(gambor ni la yg x terselitkan sekali..tom yam ni kepakaran akak aku, terbaik! yang paling sedap samosa goreng resepi akak aku ;p)


xtau apa nama lauk ni ;p..tapi lauk ni resepi maktok aku..di buat khas untuk anak2 nya..sebab ni fevret ayah n pakcik @ Pakwa aku


Ikan goreng sos tiram berinti sambal resepi gabungan Maktok dan Makwa!!! terbaik!!


dan yang terakhir..fevret aku sepanjang zaman ayam masak kicap resepi maktok aku ;)

sekarang aku sudah kembali di tanah merbok ini..sini pon x kurang hebatnya berbuka…semua rakan sekerja aku dah set time rumah siapa n tarikh untuk tuan rumah itu sediakan makannan untuk berbuka..maksudnya berbuka beramai2 la…sometime tuan rumah tu x perlu untuk masak or buat jamuan..sebabnya kami masing2 akan bawak lauk masing2 dan dtg just berbuka sama2 bg mengeratkan silaturahim…kiranya dah jadi tradisi kat sini oleh kami semua…


gambar dia atas ni semasa terjah ramadhan tahun 2009 ke rumah en asrol

ini pula gambar aku dan family aku…lengkap kali ni..bukan senang nak bekumpul semua mcm ni…sbb kemungkinan raya ni aku beraya sebelah family wife aku…;)

tapi macam2 dugaan nak amik gambar ni..time ni dah malam lepas terawih, semua mood nak tido dah..mulanya macam x jadi ambil sebab dah malam sgt…tetiba ayah aku keluar..dah bersiap lengkap hensem..then apa lagi kami semua pun kelam kabut la bersiap sebelum di sergah ;p…then aku nak setting tempat…ruang tamu aku convert jadi studio..dan halangan aku yang paling utama adalah AMMAR!!..x sempat nak setting dia dah posing..adoi penin di buatnya..korang tgk lah sendiri kerenah dia ;p


ammar said : ini abang (maksudnya kena panggil dia abang ;p)


gangguan composition dari ammar ;p


ni lagi best..tetiba lompat depan kamera posing..


last sekali tok abahnya buli si ammar pula ;p (padan muka! hahaha)


tapi ammar menang ngn kuasa gigitan dia..haih..pening kami malam tu…;p


anak2 bujang (aiman n tiqa) ayah dan mak aku…;p


abg mukhlis, kak yana n ammar a.k.a abang


me n my luvly wife faizah mohd


one happy family ;)

dan kalau korang nak tau…ramadhan tahun lepas la berputiknya kisah cinta aku dan isteri aku ;p

yang berpuasa
SOFIMOHD

Graphic Designer / Photographer /Lecturer
Tel : 012 468 5603
YM : opy_bucumeja
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Blog : http://blog.sofimohd.com
Fotopages : http://sofimohd.fotopages.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com